Friday, June 3, 2011

sentap~

sekarang ni banyak orang dok buat ceramah2 agama sebab sekarang ni ramai yang terpesong. Tambah2 dekat maktab aku tu. MPP pulak budak2 PA(pengajian agama) . hehe.. yang ramai dok terpesong tu anak2 remaja macam aku ni la. haiyaa.. tapi aku tak da la terpesong sampai nak keluar agama segalakan. iman still ada walaupun tak cukup kuat. bila ceramah2 camni selalu buat sikit2 tu maila jugak kesedaran. tambah2 setiap kali perhimpunan mingguan kat maktab aku tu, ketua JPP bagi ceramah agama sedas. awat tak jatuh seboq2 atas kepala. (bukan semua k) hehe.. bertambah tambahlah kesedaran aku neh. sesapa yang tak sedaq jugak aku tataw nak kata pa r. kawan2 aku dekat maktab pun banyak yang kuat agama. tabiklah. selalu p surau. tak macam aku nih. time buka posa jelah kot nak nampak kat surau selalu pun. makan free..(: so, sekarang nih niat nak berubah tu mai dahlah. bukan sekarang kot. lama dah aih.
tapikan nak cakap sedaq memang senang. nak berubah tu sikit punya payah. dah bertahun dok besa cara hidup camni. contoh macam cara pakaian kita. jenis ketat2 tu kan. ades.. tapi aku dah mula beli baju longgaq2la..cuma kadang2 terpakai jugakla baju lama2 tu..sayang mau tak pakai. hhee.. (alasan).

nak cerita pasal hal sentap neh. baru lepas kena sound dengan mak. aduyai.. memang sentap gila sampai ke jantunglah. kalau orang lain cakap aku tak rasa sangatla. huhuuu... yela..memang salah aku jugak. malukan dia. sori sangat2lah. tapi lepas kena neh rasa semangat nak berubah hilang kot. huh. aku memang jahat.. tak tau malu.. sosial.. tapi aku still jaga maruah aku..dun worry mom. nyway, die cakap time marah..besalakan. orang kata marah tanda sayang. still love her.♥

mood sekarang: tengah merajuk. haha. macam da orang nak mai pujuk aku.


Wednesday, May 11, 2011

Peristiwa di Masjid Jamek


Horror gila tajuk entry.
check it out !

Nak taw pe jadi ?
Masa nii kAMI sedang ondway balik maktab.
Dalam RAPID dah. Senja-senja baru nak balik. haih..
Tiba-tiba..masa lalu dekat MASJID JAMEK ni.
Kat Penang ye. ingat masjid jamek kat KL ja ka.
ok. sambung balik.

Masa lalu sini Ada sorang budak ni terpanggil oleh sesuatu.
Dia diam saja.
Dah tak boleh gelak2 macam sebelum tu.
Budak tu adalah salah seorang dari KAMI.
Dia dah cuba tahan tapi tak boleh.
Dia still rasa nak pergi. nak ikut jugak panggilan tu.
Lalu dengan segera dia menekan loceng berhenti.
Dia cepat cepat turun dari bas .
Seperti panggilan itu amat penting.
Tanpa berfikir panjang, KAMI yang lain juga segera ikut turun.
Takkan nak biar dia pergi sorang2kan.
Dia berlari dengan pantas sekali sehingga kami tak sempat nak kejar.
Tengok-tengok dah sampai TANDAS MASJID tu. hahahaha....

YEee..ada paham?? bukan horror ya. tapi horrible sebab natures call time dalam bas. hahaaha.
cian kat orang itu...pas2 smayang semua situ sekalilah. elok jugakkan. takdalah kami balik time Maghrib.
Maghrib pon elok-elok lepas azan ja. baguih betui KAMI.
Tapi malang sekali lagi, lepas Isyak baru kami dapat sampai ke maktab tercinta.
Kurang sikit malang tu sebab setelah penat menunggu, akhirnya datang dua bijik kereta mai ambik kami. hehehe.. terharu sampai nak nangis.
Thanks a lot kepada yang sudi datang ambik KAMI yang terkandas. (:

rasa macam aku dah terlebih menulis. ok. sekian~


* semua muka pathetic dok tunggu tepi jalan.*


ps: sila jangan teka siapa salah seorang dari kami yang dipanggil oleh natures itu. (:






Pelik Dengan Diri Sendiri

Aku heranlah dengan aku sendiri.
Bila aku bahagia/terharu/seronok, aku lebih mudah menangis.
Tears come out automatically. sampai tak boleh tahan. weird !
Tapi kalau aku sedih, aku lebih suka gelak kuat2.
Even aku nak menangis pon air mata tanak keluar. haish !

Lagi satu, aku suka buat benda2 yang menyakitkan hati sendiri.
Even sakit gila, aku still buat. tak dapat tahan diri.
Orang selalu kata kadang-kadang kebenaran menyakitkan.
So, tak perlulah kau nak ambik tau.
Sebab kebenaran tu dah takda kaitan dengan kaulah.
Tapi aku nak tau jugak. weird !
Maybe aku still rasa benda tu ada kaitan dengan aku kot. haha. ngeng !
Pastu dah sakit hati padan muka hiang . ):
Yang ni aku rasa semua perempuan camni kot..ada setuju ? ;p

Hanya masa yang menyembuhkan segalanya.. ayatt !!! tak tahann...;D

Lagi satu, bila orang sakit demam, terseliuh, terjatuh or watever yang menyakitkanlah, aku pun teringin nak rasa.
Kalau boleh teringinla nak duduk hospital 2 3 hari..hahaha.
Bengong dah kot aku ni.
Tak sayang diri. haishhh...
Tapi seriuslah. Aku ni nak demam pon susah ouh. Pelik !
Tapikan..bersyukur r..nikmat kott..heheh..

sekian~ wasalam...

Friday, April 29, 2011

1st GIVEAWAY BDC

FOR GIRLS ONLY YE..

Oh ! BUNDLE DRESS CINTA,
Kaulah pilihan utama wanita,
Tambah-tambah kalau diberi percuma.

Sekali giveaway dibuat oleh cik Najwa(pemiliknya),
Ramai perempuan berebut nak menang,
Tapi yang pastinya,
Akulah salah seorang. (:

* saya tau pantun saya agak merepek mereban dan agak perasan nak menang. tapi ini yang cik Najwa suruh watkan. hhee..

tag: ainul
izzah
najwa
mun
ardilla

ps : nak join sila klik BDC ye.

Friday, April 22, 2011

mintak maafla....

entry ni just nak mintak maafla kat ampa..
kami memang banyak buat salah..
dari awal awal lagi memang kami yang salah..
kami selalu buat bagi ampa sakit hati..
kami selalu kasaq kasaq dengan ampa..
kami selalu marah marah ampa..
sebab kami sayang ampa..
tapi kami taw ampa tak suka macam tu..
ampa tak bebas...
sekarang kami dah tak dak..
harap ampa bahagia...
kami tumpang bahagia sekali tengok ampa bahagia..
lepas ni kami tak kacau ampa dah..
kami tak menyusahkan ampa dah k...
mintak maafla lagi sekali..
mintak maaf jugak kat kawan kawan ampa..
kami selalu terkasaq bahasa...
selalu menyusahkan depa gak....

sekian....T_T


ps: last entry about jiwang jiwang or pasrah pasrah....


Tuesday, April 19, 2011

WAHAI REMAJA LELAKI SEKALIAN..

Kalau setakat nak berkawan...
buatlah cara berkawan..

jangan senang melafazkan kata rindu..
kalau hati tak rindu..

jangan mudah meluahkan kata sayang..
kalau hati masih pada orang lain..

ok. cukuplah jiwang kejap..(;

pesanan:
wahai lelaki-lelaki sekalian..
perempuan bukan tempat ampa hilangkan bosan tu..
tempat saja syok2 nak bermanja..bergedik-gedik..opps !
kalau hati tu tak sayang betul betul...jangan senang2 luah rasa sayang tu..
miss u lah. mmuah ! luv u. what ? kenal pun tak habis lagi. dah bergatal macam ni? &*(%%??@

perempuan mudah tersentuh..punya perasaan ingin dibelai..(kadang2 perasan) haha. jujur.
kata-kata MANIS seperti di atas memang senanglah nak pikat perempuan2 ni. lumrah !
kalau sekali dia dah TERsuka kat someone tu, memang dia serius. serius ok !
bila dah jadi macam ni, lelaki senang ja nak tinggal. kononnya tak serius dari awal. ouh. easy nya cakap ! what D H ??
yang perempuan ni..kecewa habis ! semua gara-gara kata2 manis lelaki penipu. yeah ! sangat penipu !

perempuan susah melupakan lelaki yang dia pernah sayang..
mengambil masa bertahun. at least setahunla mungkin. (;

tapi bagi lelaki, wahh ! tak sampai sebulan pun dah boleh lafaz sayang dekat orang lain. hebat !
mana hilang sayang dia kat perempuan sebelum ni ? buang dalam laut dah. GOOD ! what D H ??

SEKIAN...lelaki-lelaki sekalian harap memahami perasaan wanita ya. JUJURLAH anda dalam perhubungan tak kiralah berkawan atau bercinta.

Tuesday, April 5, 2011

aku tak boleh percayalah. serious !


SEMALAM, kawan aku tag aku kat satu link dekat facebook. tetiba je budak ni.
nak tau dia tag apa ?? ahh...tengok sendirila..malas nak cerita benda yang tak boleh percaya sangat ni. click sini kaih !

ok. aku tau mesti ampa tak percaya jugakkan. tape2. biarla dia syiok sendiri. (;

then, another special post i've got. touch skrin laptop ampa untuk lihat.
sekarang baru dapat terima hakikat. T_T im too young to become 20 la ! (: okay aku tipu.

thanks a lot to izzat dan izzah. ;p
thanks jugak dekat kengkawan yang wish di FB dan HP saya ya.

Cepat semua nyanyi lagu hari jadi dekat aku. cepat r.....please.... tanak sudah. kawan2 aku dah yanyila. mereka semua sangat sayang aku. err. betul ke? hhee.. thank you to all my classmate, roommate and also nieghbourhood sekalian. hoho~
mereka belikan aku kek lagi tau. sosej pun ada tau. special kot. terharu ! sayang kalian semua la.


see ! they luv me right ?? ;D "stay cheyiaaa" this caption made me chill back. everyone..im a 'cheyiaa' person ok. remember that. even there are too many problem that i have. never mind. still can laugh la guys. hehe..

tipula kalau aku cakap aku tak bahagia masa birthday aku . aku lupa aku masih ada kawan2 aku. older post ? cakap tanak celebrate? yeah. its just older post. just read this new post. hehe..
he also chill me back by treating me lunch but a day before my birthdayla. never mind. love that moment even maybe its the last time i spent time with you. hope taklakan. :(

eh..ehhh...tidak lupa juga hadiah-hadiah yang diberi oleh my trios. my best friends ever.

kad boleh simpan. choki choki nak simpan jugak boleh tak ? sayang nak makan. (:
thanks so much friends exspecially my trio friends sebab dah dengar macam macam kisah sedih dan kisah happy aku. actually banyak kisah sedih ja kot. hheee..



ps: aku tipu lagi. actually ada benda lain yang aku masih tak boleh percaya. my new life as a s*****. haha.



Sunday, April 3, 2011

jujur aku beritahu. aku dalam mood sedih. ='(
betul orang kata, dalam perhubungan, bukan semua benda kita boleh cerita. tambah tambah yang negatif. kalau benda tu negatif, try to change it to positive. no need to tell our partner about our bad things long before. memang dia akan cakap dia faham. dia terima kita seadanya. sebenarnya tak. bila sampai mood gaduh, dia akan ungkit balik semua kesalahan kita. semua benda buruk yang kita pernah buat sebelum kita dengan dia. even benda tu takda kaitan pon.. its really hurt.

you know what ? april is really my bad month. yeah. always got crush in this month. although my birthday also in this month. ahhh..who cares . they never care. i really dont want to celebrate it. just let it pass away. think that i never born in this world.

to someone special : i love you so much. thanks for everything.. maybe our relationship just until now. we're not mean to be together. i'll accept that. its come from Allah. Dia yang tentukan semua ni. im trying to be a better person after this. thanks again.

Tuesday, March 29, 2011

"Contest Adik-Beradikku Yang Cute"


Malam ini saya rasa sangat free (pretend) lalu mengjoin contest di bawah. (:
(tuan punya contest jemput ok.sowi lambat sikit.)



wanna see my cute sibling ??

jeng !

jeng !

jeng !

tadaaaaaaaa.....

dia selalu cakap, "kak in(saye), nanti Alisa(budak ni) nak jadi cikgu cam kak in taw." ok. aku terharu. thats y die pakai spek macam ni. ala ala cikgu gitu...hhehe.. cute x ? cakap cute cepat ! gggrrr.. joking saja !
tapi juri yang hensem (bodek) wajib cakap gambaq kami cute taw walaupun tak menang. (;

tag kengkwan: mun
fikah
jah

tamat . babai .

Monday, March 28, 2011

first time pegi sekolah . as a teacher ok !


sapa2 yang bakal cikgu or dah jadik cikgu tu mesti dah taw cena kan. yang belom taw tu nak gtawla saya baru menghabiskan PBS (pembelajaran berasaskan sekolah) selama seminggu. dekat S.K.SENA. kat PERLIS eh. sesapa yang bukan orang Perlis xpayahla dok wat heran kalau tak kenal sekolah ni.. sapa2 ex-student sekolah tu ? or anak die skola situ ka...?? hehe..

okay. tanak cite pasal skola 2. nak cite pa aku wat kat skola 2. macam biasala. takkan senang2 ja lec aku suh g melawat skola 2 then dapat cuti extend seminggu lakkan . ofkos r ada asemen yang diberi. ades. so asemennya ialah kaji2 sket pasal skola, then pasal P&P kat skola 2 cena..belajaq2la cara cikgu2 kat situ mengajaqkan.

first day, excited tahap max ! haha. awal gile sampai skola. pastu tercengang sorang2. dah hilang gaya mula la jalan pon stabil. then, tersepak apa menatang tah sampai nak tersungkuq. pakgat kat situ gelak xsangga sampai semua pakat tengok aku. memang aku dendam gile ah ngan pakgat 2 selama seminggu aku kat situ. gggrrrr !!
lepas tu mula la aktiviti aku kat situ macam biasa. g melawat sana sini. kacau cikgu2 kat situ sebab nak penuhkan kemahuan asemen aku. hehe... sori ye !

pastu aku dah malas menulis. haha ! tengok gambaq jelah. hoho~


antara students favret..hhee.. (bajet dh da student. bluekk.)

(budak ni pandai+kreatif. sbb 2 aku syg.)

(hok ni pemalu..wey2,bunga 2 aku yg buat taw. =.=")


(hok blakang 2 buas. tamaw amek gambaq ngan dia. haha.)

(budak2 prasekolah yang kiut-miut. paling aku asa nak bawak balik yang duduk atas riba aku tuh. hhee.)

nak taw nape? sbb dia lwak. prangai xpadan ngan umo. haha.
kalau die tanak wat keja dia katala, "cikgu, malasla nak wat." cikgu terdiam. then, biaq jelah. lagi satu, kalo die boring dengar cite cikgu dia cakap je ceni. cikgu, xda ceta len ke? (dengan muka innocent) budak2 umo ni xbley paksa2 ye kawan2..hehe. comel !


(saja nak gtaw salah satu kehebatan skolah ni. formasi lompat tali.cikgu2 pon semangat.bgus2!)

itu saje....sekian. (; mmuuaahx3 !

Sunday, March 20, 2011

advise from my uncle n my mom..FOR GIRLS ONLY...

weyy weyy...lelaki idaman ampa macam mana hah ?
aku agakla...

1. gentlemen
Mesti ampa suka lelaki yang jenis tolong buka pintu kereta before ampa masuk kereta tu. pastu tarikkan kerusi before ampa duduk. pewiitt.. gile macho...

2. romantik
Waa...ni lagi besh. bila time birthday je buat suprise party. bagi hadiah mahal mahal kan. bangga ja dengan kengkawan. hehe.. lagi lagi bawak pegi makan. candle light dinner lagi tu.. Hari ni saye belanja awak ye. bilang lelaki itu sama itu perempuan. perempuan mana xsuka bila lelaki belanja. terasa disayangilakn. hoho~

3. kaya
Hah, ni bukan setakat time birthday je..setiap kali jumpa dapat je hadiah. bes ouh. naik kereta besaq2 bila nak g dating.(walaupun just kereta bapak dia)who cares?? setiap kali dating semua ditanggung. dari makan sampaila ke wayang. nak masuk tandas 30sen pon dia bayar.

okay. cukup kot tiga tu untuk buat perempuan cair..

BUT....its different when comes to my uncle n my mom !! completely different !!

tengah tengah aku dok makan nasi, paklang dengan mak aku main join sekaki.
paklang aku memang suka nasihat bab bab guys ni sebab dia pun playboy dulu. hehe..

1. kak in(aku) tak payahla dok couple serius serius lagi sekarang ni..sebab lambat lagi nak kawen...muda lagi..
so enjoy dulu..kawan dengan banyak banyak lelaki takpa...haha. hhaa...baguih betuila paklang aku dok suh jadik playgirl lak. adoyai.

ps: paklang aku kawen umo 33 tak silap aku. perempuan tak boleh kot ikut nasihat no1 ni. hehe..

2. lagi 1 nak carik lelaki ni kurang kurang kena tua 3 tahun dari kita.. hhaa..sudah. 'sayang' saye sama umur. haha. nak taw sebab pe ? tengok next tips.

3. lelaki ni sampai kematangan die lambat dari perempuan. yeah ! got d answer right ?
paklang aku cakap lelaki mula matang tentang perhubungan ni pada umur 27tahun. betul ke ? tahla sebab paklang aku cakap dia macam tu la dulu. umur 27 baru sedar nak kumpul duit untuk kawen. terbaiklah ! so, sesape yang pasangannye sama umur nasihatla suh matang cepat sikit. kalau tak, kawen lambatla ampa..hahaha. ( cakap kat diri sniri )

4. then, lelaki ni jangan carik seperti 3 ciri yang kita suka gilaa seperti yang tertera di atas sekali tu ye...paklang akula cakap.
First, dia kata kalau dok gentleman sangat nak menunjuk ja tu..haha ! lepas kawen nanti takda nak buat camtu dah aih...betul tak ? jarangla husband nak layan wife die camtu..

Second, kalau dok belanja kita macam macam tu, dekat perempuan lain pun dia akan buat benda yang sama.. then, paklang aku tak suka bagi hadiah mahal2. bazir jek dia cakap. haduh ! kesian gf paklang aku dulu. bukan sure lagi nak kawen katanya.. TAPI romanntik tu kena ada juga..macam paklang aku kata..ala kadar saja..kalau lelaki kedekut sangat pon payah gak. pa pun tak bagi. haha. sadisnya ! nak tunjuk romantik dengan cara lain pon boleh gakkan..

hah, mak aku lak kata ! lelaki yang tak bagi hadiah dekat gf die ni sebab mungkin die nak simpan duit untuk wife die... better he gives present 4 his wife instead of his gf..pandai gak mak aku ni...
harap harap bagila jugak lepas kawen nanti..huhuu...
mak aku pun ada bagi satu contoh family terdekat ni...yang dulunya bercinta bagai nak rak sebelum kawen. yang lelaki tu rela buat apa sajala. gentlemen habis depan family perempuan ni. and now i can see by myself how it become. huhuu...sedih nengoknye...


okay ! 2 jela advise from my uncle n my mom. nak guna ke tak terserah. hehe...peace ! (:


ps: 4 boys yang terbaca, jangan amek hati .. ni nasihat dari seorang lelaki juga..not from me..

Friday, March 11, 2011

Jom Beronggeng !! Taiping !!


Again ! we went outing together gether. pewittt.. besh gedik2lah. haha !
ni versi NUR SYAZREEN BT KHOLIM ye. (aku taw amai yang budak kelas aku dah update pasal ni..haha) IGNORE IT.

OKAY. Klo ampa nak taw nak plan nate ni punyala susah. tension beb ! ramai yang tarik diri last minit, n another problem lak timbulkan, tp aku tak salahkan mereka2 2la. dun wory my freinds ! peace . ;) orang kata benda pa yang senang. nak senang dok bilik jelah. hhaa. Paling aku pening sekali, as treasurer kelas aku, paham2 jelahkan. manusia neh kalau bab duet memang payah. urghhhh.. (aku pon sama..:D ) tapi memang ni kerja bendaharikan. wat jelah. banyak cakap lak. hesh.

ok. dh settle smua masalah. plan menjadi ! oyeah !

first skali ... breakfes lu beb !

(punyala lama breakfast sbb keta sewa xsampai2. tsk..tsk..T_T)


hah ! dah buleh keta tu pa g. jom beronggeng ! part paling aku suka. jeng3 !

(dalam perjalanan...hehe..besh2 !)


cian driver penat drivekan..benti lu jap beli DURIAN. haha. ada orang mengidam ye !

(tokey durian yang pakai baju helang 2 hah ! haha. konon matchingla ngan kereta die..d;)


here we come~come with us~lalala~ da sampai lol ! yeah2 ! (terkinja-kinja cam beruk kat c2)



dah lapik tikaq segala, terus serbu ayamla untuk di bbq kan. pakat kebuluran dah..);
dok tunggu ayam masak lak buleyla bakaq lemak2 tepu dalam perut uh. bguih2...haha !

nyway, nasib baek ada makanan sampingan. DURIAN + NUGGET+KEK+JACKERS. penin kot campuq SEMUA ney. aiyak !


last2 camnila jadiknyee....

ok. dah lapik perut sket2 g la mandi lu ye hubby2 semua...wife2 nak masak lambat g nak siap ni... hhee
(keja orang pompuan...huh, penat2. )


(keja orang laki. ish3....xmembantu langsung. haha )


mai2 pakat makan kaih..sapa lambat nasibla...(semua pakat makan dengan rakusnya. haha)


setelah penat mengcover balik lemak2 yang di bako tadi. its time for going home~

eh,ehhhh...ilek lu der.... jom photoshoot luu... (; singgah di tasik Taiping. kot. haha !
usha2la gambar2 kami ya ! dun want 2 story da laa... so lazy2 2 taip2 maa...
(gila rojak bahasa . duhh)

the girls~

the boys~

our whole family of sn2~tamat~


jap.....blom abis g der~

da best trio~ ;D (mana bley xda kan..ngeh2.)


and


da best ******~ bhahaha. (nak jugak masuk eh)

~real2 end~



Monday, February 28, 2011

murid-murid !! wat experiment cepattttttt~~





heheh. gelak dulu.. title cam bajet cikgu gila ah. siot jekk.
tapikan..aku tak penah cetakan pasal study aku as bakal cikgu sains nehkn?? kan?? ish3...
hah, gua mau cerita sama lu r sikarang.

once upon the time...bla..bla..bla..
aku buat experiment tadi ! hahah.
cikgu sainsla kononnye. (nak jadi doktor tak lepas...T_T)

meh cikgu nak ajar murid2 semua ye ...
experiment hari ini kita nak siasat tentang enzim dan pencernaan.
enzim=enzymes
pencernaan=digestion
(murid-murid moden sekarang paham sains dalam BI jek..hesh. )
sapa taw enzim tu menda pe ? ace cite ? (pengaruh hantu limah lagi)
hah, tataw r tuh. murid-murid zaman moden ni malas membaca tui. hesh.
enzim tu adalah bla bla n bla......

okay. cikgu tanak membebel sorang2 kat sini.
semua buka buku baca sendiri ye. hua3 !
tak paham tanya je. malu bertanya sesat jalan eh. hhaaa.

dah puas membebel. ada gaya cikgu x ? hheeee...

layan~


partner lab sejati..kak mal ! phewwit ! (;


bajet hebatla pakat mai kerumun aku ni...(;



busy betuila bakal-bakal cikgu sains neh dok mengkaji.



hhaa..ni la resultnye.. colourful gitewww... (actually tak bapa menjadi ni..T_T)

Saturday, February 26, 2011

xda pa2 kot...KONPIUS !

aku rasa semakin hipokritla .

tataw pasai pa.

tak boley jadik diri sniri dah.

masa ni cam lambat jek aku rasa. cepatlah jalan.

biar masa ja yang clearkan balik masalah aku neh.

dunno wat 2 do anymore.

nak wat salah. tak wat salah.

YA ALLAH. tolongla aku pilih jalan yang betul. huhu~

Friday, February 18, 2011

"AREPNAKBEBEL first giveaway"


Kawan saya famous blogger tag giveaway ni. so saya join saja. ;)


syarat-syarat :

follow tuan punya giveaway: sudah
copy gmbaq kat entry n link : sudah
tag 3 blogger
: sudah
letak link entry ni : sudaaa..

ok ! finish ! hope dapat even harapan agak tipis sebab untuk 3 orang je. huhu..

luahan perahsaan ! tanak baca sudaaa...

aku taw aku tak cantik.
ayah aku selalu cakap. hg muka macam bulan dh. (banyak jerawatla.) uhuk3..
memang pon. aku xcept ja. bkn salah aku pon.
aku tak pandai. bukan aku tak belajaq. tapi de r malas sket 2. hhee..
aku gelojoh. tada sopan santun sangat. tak macam pompuan2 len. hesh.
terok ngat aih hg neh.
kesimpulannya, tada ciri-ciri menantu yg baek ah. wuu~~
eh,eh.. da satu ! aku tawla jugak masak. hhaaa... (bangga sat ) ampa taw ka ?? hha ? ha ?

okay..nak banding ngan 'dia'..
dia hensem. muka tada jerawat cam aku. pakai mustika ratu ok.
ampa da ka cm2 ? tadakan..hhaaa
dia fames lak. sapa tak kenai ?
sebut nama ja. ouh...dia 2 kaa..amai peminat kot. macho kot.. hensem gilee.. huh.

so, aku tak perfect. tak layak kot dok sebelah dia.
sebelah mata pon tak pandang aih.
itu jelah. dia 2 sapa ? aku pon tataw. suka hatila sesapa pon.

tapi bagi aku senang ja. tak suka cakap. ok ?
sakit hati camna pon. frust menonggeng ka. i'll bear with it.
tak dala sampai nak bunuh diri. dosa besaq kot. hesh.



ps: post ini bukan untuk sapa2...harap maklum. daaaaaa..

Contest Mata BUlat♥



Saje join dah my bff tag. wee~

here d contest !


wanna join ??? ! click here

okay ! easiest contest i think. juz put ur biggest eyes here. hoho ~

tadaaaaaaaaaaaaaaaa.......



another one boley ?? theeee..


okay. xcukup besaq kot. xkesahla. siap sudaaa...

selamat mengjoin ya. kepada juri2. selamat menilik gambaq2 saye. hheee..

Friday, February 11, 2011

header BARU

xceli...xdela baru sangat pon..

edit text sket ja,,

n aku taw even BARU tapi BURUK kn ? haha. sow what.

taste aku memang huduh2. :)

unik jugak . an ? an ? an ? (cam lagu doremon ja.hesh.)

aku suka conteng2. sbb 2 aku men conteng ja sampai huduh abih.

tambah plak ngan tulisan aku yang memang "lawa" tak sangga . :(

biaqla huduh jap naa..maw ajin aku wat len noo..

bagi huduh lagi. hhee.. d:


ps: xda keja sangat dah ni..baguih toi jadik cegu ni.
pengajaran hari ni, tak da keja sangat ampa pi la conteng tang2 mana yang bley. haha !


Thursday, February 3, 2011

Dating kat BIG FIELD xmenjadi. T_T

sadis betui tajuk entry aku. wuuuuu~
(tengah bosan sangat ni buat tuturiol sains ..huhuu )

hah, maw taw pasai pa xmenjadi?
sebabnye...mak mentua i tiba2 nak ikut join sekali. memang terbaiklah. haha.
dengan rela hatinya aku pon mengundur diri..uwaaaaaaaa~
musnah harapan i dari semalam g...adoyai..
dok beranganla nak beli kekacang n asam-asam yang berpatutan buat balik maktab nanti..
tapi dah i sayang mak mentuakan tapela..hahaha.

*sayangla hg sorang2. die pon xkenal hgla syaz oitt.. adeh..sadis lagik.

ps: pengajaran hari ini ! jangan berangan awal sangat ye murid-murid sekalian....

Thursday, January 27, 2011

B.I.G

hhaa..sapa taw pa dia BIG neh korek telinga? ;D sapa2 yang bakal cikgu or cikgu 2 sure taw punya. maksud die...jeng3 !! BINA INSAN GURU ! haha. khas untuk cikgu ja k. mesti ampa pikir orang big2 ja taw kan. mentang2la aku agak BIG. hesh. ok. leave it. saye maw citala . maw dengaq x ? buka mata ok. pas2 baca. hoih. merepek. oklah. hari ni dah hari kedua aku dalam BIG neh. mula-mula cadangannye nak wat kat langkawilah. hebat sikit. malang xberbaulah katakan. maktab kami neh miskin. mintak sedekah jogaton 2 pon xcukup bajet g. aiyak ! so, hanya tinggal angan-angan. haha. even kami wat dalam PENANG ni ja, tetap fun weh. dari senaman pagi, hiking(walaupun penat+sesat) sampaila water confident arinih. Fun die xbenti2lah aku abaq kat hang. So, lesson yang kita belajar hari ni ialah di mana saja kita berada, enjoy sudaa...haha ! hhaa...akukan bakal cikgu. kenala ajaq sikit ampa2 yang dok baca neh. baru akan berjaya ya murid-murid. (bajet cikgu xsngga dah ) Klo ampa bosan ngat baca neh, pla gedik kaki ampa melawat blog ni ya. Ada gamba time BIG neh.

harap maapla. camera aku xda bateri . henpon pulak xda camera. sedey ak ? huhu..



ps: izzah ! aku promote blog hg weh . bila2 blanja mcd noh. haha !



Sunday, January 23, 2011

Kalori Dalam Makanan Seharian AMpa ! (untuk orang yg berdietlah) ;p

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategoriminuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


ps: okay ! pandai2la ampa pilih makanan yg sesuai ye untuk berdiet. hoho~

Saturday, January 22, 2011

“suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections”


yeahh !! contest ! contest ! contest !

ni tuan punya contest ( klik sini kalo nak join ya ! ) punya banner ye ! kecik2 dah graduate. teruja ouh. haha.


okay ! contest bermula d cni ya. tengokla gambaq aku dulu dulu. cun melecun ouh.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........


"suatu ketika dulu......aku penah jadik pengawas. haha. hah ! rasanya mana satu aku ni eh ? aku pon cam malu nak ngaku ni. uwaaaaaa~ taw x huh ? ampa carikla yang pakai baju pengawas tuh (biru). hhaaa..yang duduk depan sekali tu.. agak over k ! dhla HITAM. haha ! time ni baru naik darjah 4 taw. n aku telah berjaya menjadi pengawas. hahaha. poyo ja. bangga giler ah kan. dah bley ganti cegu jaga budak2 klas darjah 3 ke bawah k. hebat ouh. bajet senior. then, masuk darjah 4 jugakla aku mula pkai tudung. nak taw sebab pa ? sebab jadi pengawas wajib pakai tudung. haha. gile xiklas. theN lagi, time ni xingatla nape amek gambaq ramai2. nak masuk maklumat sekolah kot. ala ala majalah tu. haha. punyala payah nak amek taw sebab pakat malumalu g. kanak kanak ribenala katakan...;p muka TOYA ja semua. skang pantang nmpak camera kn?:))" okay..takat ni jelah makcik pakcik ye. to all frenz yang de dalam gambaq ni, aku rindu ampa gila2 ok !


NAMA PENGIRIM: NUR SYAZREEN BINTI KHOLIM
NAMA ID FOLLOWER: IYIEN
REFERRER: MUNIRAH BM


tag : ainul
syamin
farah
anat
bahi
yana


ps: sekian.....hope juri yang hebat hebat 2 (bodek jap ) enjoy my pic yea ! ;)

Friday, January 14, 2011

FiTraH MaNuSiA ! T_T

Kadang-kadang aku selalu terfikir yang aku ni oversensitive or not. hmm.. selalu sangat terasa hati. tapi aku selalu ignore je.. tapi bila banyak kali sangat hati ni tercalar-lacar jugaklah. opss..terover lg. hhee.. serious back. ehemm ! betol orang kata kalau takda ilmu tinggi orang pandang rendah kat kita kan . aku pon baru prepare presentation pasal Imam Al-ghazali. beliau ada bagi pandangan sikit pasal ilmu. camni bunyi die.

" matlamat ilmu di akhirat adalah untuk mendekatkan diri denganNya. Matlamat ilmu di dunia pula untuk mendapat kehormatan dari masyarakat. "

Hah, something like that lah. so, ilmu xcukup, kurangla orang hormat kita kn. Dalam family aku, aku selalu juga rasa terpinggir sebab aku kurang pandai nak banding dengan adik beradik aku yang lain. sedih kan. Tapi tak boleh nak salahkan orang lain jugak, memang fitrah manusia macam tu. huhu... Bukan dalam family aku ja aku rasa, kalangan kawan2 pon kadang-kadang jadik jugak. mungkin kita tak sedarkan. maybe aku jugak ada buat orang rasa camni. Tapi lets try to avoidla. Kalau nak puji orang tu pandai, jangan perlekehkan orang yang kurang pandai tu. pleasela ! its hurt too much.. ( not only me ok ) Jangan sampai kita tak terima langsung pendapat orang yang kurang pandai tu. die pon nak belajar jugak.. kalau tak terima pon cakap elok-elokla kan.. jangan hina sangat..
Lagi satu, sepanjang pemerhatian akula, orang suka mengutamakan orang yang lebih cantik. exspecially guys out there. Aku xkata aku tak cantik n aku tak kata aku cantik k. Means, benda ni bukan pengalaman aku sendirilah. Just pemerhatian aku. Girls pon sama. Nak rapat dengan mamat mamat hensem ja kan. hesh. Orang lebih suka berkawan dengan orang yang cantik or hemsem. Fitrah manusia lagi ! memang sukakan kecantikan kan. Tapi jangan sesekali kita pinggirkan orang yang kurang cantik luarannya. Kita tak taw mungkin dalaman die lebih cantik. Kadang-kadang kita tak boleh terima langsung pendapat orang yang kurang cantik ni bila kita terpaksa pilih antara pendapat yang kurang cantik or yang cantik. Paham tak pe yang aku cakap ni ? haha ! harap2 ampa pahamla ye. Aku dah bosan dengan orang macam ni. So, when its comes to someone's feeling, think first before u do something. Im not saying that im so perfect. Just want to share something that really burst me out.



ps : baru present pasal fitrah manusia kat kelas tadi..weee~

Thursday, January 6, 2011

nEW yEaR♥

orang kata kalau new year ni semua nak baru ja kan. xkisahla duit ada ka x. ish3 ! manusia2 ! pk harta benda jek. cewah ! ceramah jap. hhee.. sama jek aku pon.. dah bawu jek masuk maktab balik ni, macam2la barang aku xda. hesh. selalunya shoping dulu ngan mak before balik. tapi kali ni xsempatla . wuuu~ mom lak tanak bg duet sbb takut aku guna untuk benda len. hheee.. memang pon. so shoppingla barang keperluan ni guna duet sniri. skali shoping . nah ! dekat seratus huh. punyala banyak ngat. aku berbelanja hemah taw. siap senarai g pe yg nak d bli. tapi maw senarai penuh kertas sama gakkn. hhee.. nyway..bab shopping mmg xley jimatkan . sapa asa die pompuan 2 paham sgtla. ;P okeh. abis bab barang2 baru. aku plan nak beli handphone barula. sapa sokong cium ketiak snirik ! haha ! ska la 2 . ish3..buruk perangai. hah, kalau sokong 2 bg r cadangan sket fon pe..plis2.bawah seribu je k ! .aku ni ngek sket bab2 hp neh. huhu... 2la..dulu xpenah amek taw. padan muka. huh. tapi nak beli ni pon tunggu elaun dulula. hhee.. suda pokai ma.. teruk toi perangai. guna elaun kerajaan gak nak bli fon pon. hesh.wat tataw dala..:)

hah, even new year p la bapa kali pon, classmate aku ttp yang lama. haha. bosan toi tengok muka depa2 2 taw. weee~ jangan marah ye. joking saja. sayang depa ketat2la. sket pon xbosan taw. tambah2 geng trio aku. lagi sayang ouh ! heh. jangan kembang ye . class cam besala. tetap dok ngantuk cam last year. haha ! xdapat nak wat pa dah. okay..sampai sini saja ye ceta new year aku. azam tetap sama. nak abis belajaq cepat2. pas2 ? kawen ! hua3 ! sapa nak join ? meh2.


ps : tengah sedey ni... afraid he went to someone else. spechless. huhu~

♥chee rajin2 baca hok neh♥